Wednesday, August 21, 2013

Kuali, ButaHati (en.nawi) dan dot dot dot...


Kuali, ButaHati, dan dot dot dot...

KUALI!

Abuya pernah tulis sajak tentang kuali. Kuali ni gambaran atau kiasan bagi hambalah. Kuali letaklah kat mana-mana, takkan jadi peti ais punya. Maknanya hamba tu letak kat mana pun dia hamba. Abuya pun pesan lagi, jadi hamba bukan bermusim. Bulan ramadan je jadi hamba, bulan lain tak. Hamba apa pun tak tahulah. Tapi pesan Abuya jadi Hamba Allah. Bukan hamba duit, hamba perempuan, hamba isteri, hamba dunia dan selain Tuhan. Hamba Allah bila diuji tetap berpegang dgn syariat Allah. Biarlah isteri kena bawa lari, anak diculik GEBU, yang penting dia pegang syariat Allah. Tapi kalau kuat dengan Allah, insha Allah akan dibela!


BISKUT OREO!

Bagi yang masih terima minda Abuya, pesanan Abuya dia pegang betul-betul. Dia ada prinsip dia. Bukan boleh celup-celup macam biskut oreo. Sekali dua kena putar, kena celup dalam milo, terus lembik. Hancur! Jenis celup-celup ni pegangan dia pun bermusim.


AHLUL BAIT!

Abuya sangat hormat Ahlul Bait. Pernah masa tengok tv, Syarifah Aini bernyanyi. Terus Abuya angkat tangan doa. Abuya cakap dia ahlul bait. Kena doakan dia. Doa untuk ahlul bait dapat syafaat. Memuliakan ahlul bait sama macam muliakan Nabi. Halusnya akhlak Abuya. Tak pernah Abuya mengata atau tulis yang bukan-bukan pada ahlul bait. Abuya anggap ahlul bait macam keluarga sendiri.


BUTAHATI!

Tapi ada hamba sorang ni, si butahati, sedap tangan dia menulis menghina ahlul bait. Boleh pulak dia ajak dan ajar orang lain bersangka buruk pada ahlul bait. Abuya punya la kata kalau nampakla ahlul bait buat dosa besar depan mata, kena jaga hati. Jangan sebar cerita. Kalau benar pun tak boleh lagilah yang tak tahu sumbernya. Ini tak. Hatinya dah buta sedap hati tulis tentang orang lain. Kalau betul tak apa. Kalau tak betul? Bila berjumpa lari. Dalam blog bukan main kata orang ya!

Hati-hati menulis lain kali. Nak hina orang lain rupanya terhina keluarga Nabi. Ni macam oreo yang tercelup lama dalam milo. Asalnya celup nak sedap makan. Lama sangat celup apa pun tak dapat. Minum milo serdak oreo. Hati-hati si butahati.

Si butahati ni sangat menghina ahlul bait. Mana taknya, dah sedap sangat hina keluarga mursyid, akhirnya hina keluarga Nabi. Makin lama makin buta hati. Antara punca hati mati ni tak boleh lari dari makanan yg masuk perut. Kalau makan hak orang lain tanpa redha, hukuman berat menanti. Biskut oreo cecah air pun lembik, kena rotan dgn malaikat agaknya bentuk apa jadi nanti.


SYED@SYARIFAH!

Wahai penulis butahati. Ahlul bait pertahankan syed @ syarifah atau apa-apa gelaran lagi bukan sebab nama atau glamor. Mereka pertahan sebab itu berkat. Syed @ syarifah itu tandanya kehormatan buat Nabi S.A.W. Otak beku dan hati mati macam butahati je yang kata mereka bukan2. Butahati tak tahu ke balasan mengata ahlul bait? Butahati ni keturunan apa sampai tak hormat nasab yang mulia ni? Bangsa melayu tak macam ni. Nak kena cek balik genetik butahati.

Butahati jangan marah kalau butahati dan keluarga serta keturunan dihina orang kerana butahati dah menghina ahlul bait!


BALLY,BUNDLE DAN CAP AYAM.

Biarlah nak pakai Bally, adidas, nike, cap ayam, atau apa jenama pun. Biarlah dari sumber yang halal. Nanti di akhirat akan ditanya.

Tapi si butahati tak tahu. Barang yang berjenama ni dah terbukti letaklah dimana2 orang cari. Walaupun masuk lumpur tapi kalau dijual di kedai bundle harganya lebih mahal dari kasut bata. Kalau barang murahan, letak dia kat mana2 pun tetap murahan. Terbukti tak kuat dan tak tahan macam barang ori. Sebab tu lahirlah barang yang tiru ori. Barang branded buanglah, campaklah, dia ada harga, orang cari dia balik. Kalau barang cap ayam? Apa pun bersyukurlah. Hamba tetap hamba. Kekalkan rasa hamba walau dimana. Berwataklah dengan watak hamba. Dah tumbuk orang kalau tak minta maaf, hamba siapa?

kembalilah en.nawi kepada kebenaran jangan kalah dengan nafsu lagi. Terangkan hati yang dah buta dengan kembali kepada Abuya, peganglah syariat betul-betul.

Tuesday, August 20, 2013

Cara Abuya menerima ujian vs GEBU dan pengikutnya (haruun dan johari).

Cara Abuya menerima ujian vs GEBU dan pengikutnya (haruun dan johari). 

Terima kasih Tuhan di atas pembelaan Islam dan Abuya, hari ini masyarakat sudah pandai menilai antara yang hak (mindaAbuya) dan batil (ajaran ummu jah).

Lihatlah apa tindakan2 pengikut ummu jah seperti (ust) harun dan johari apabila sudah hilang iman dan panduan Abuya. Mereka sangat kelihatan tercabut imannya ketika mana diuji Tuhan. Mereka menjadi sangat ganas, melulu dan ketakutan yang amat. Mereka (gebu) menyerang sesiapa sahaja seperti orang tidak berakal (gila).

Mereka sahaja boleh menuduh (seperti jakim dan media), mereka boleh mencabar (seperti gangster), dan mereka blh menghukum (seperti hakim). Seperti mereka ini all in one peranannya. Itulah ajaran ummu jah.

Kononnya bangga dilihat seperti sdg membela islam (hakikatnya memburukan dan meruntuhkan islam) dan sangat memalukan (ust) harun kelihatannya bangga digelar anjing ummu jah. Sangat runtuh moral dan akhlak kedua dua yang berlatar belakang agama kerana hujungnya mereka bertindak ikut nafsu dan hilang pertimbangan.

Abuya dalam menerima ujian sangat sabar, tenang bahkan mendoakan kepada orang yg bersalah padanya. Abuya tidak terburu-buru menghukum seseorang atau lebih-lebih lagi menyerang peribadi. Tidak seperti fahaman umu jah yg sgt suka menceritakan aib orang dan sangat mudah menfitnah seperti tindakan (ust) harun dan johari.

Pengharaman Al Arqam Abuya berterima kasih pada Tuhan kerana dgn ujian itu dpt ditapis lagi antara pejuang dan org berkepentingan dlm jemaah.

Abuya tidak gopoh dgn menyalahkan kerajaan, media dan sebagainya tetapi akhirnya mereka (pihak keselamatan) pula menjadi kawan.

Tetapi kini, ummu jah dan gebu sangat mencari musuh baik di dalam mahupun diluar jemaah, musuh semakin banyak bukan sebab dengki pada gebu tetapi sebab gebu semakin zalim dan menzalimi orang.

Abuya sangat bersabar bahkan memberi ruang kepada sesiapa sahaja membuktikan kebenaran. Ajaran gebu sangat bertentangan kerana terus menghukum org lain tanpa diambil kira disudut syariat atau moral.

Abuya semakin diuji, semakin berakhlak, semakin dihina semakin mendoakan, tetapi (ust) harun dan johari berbeza, semakin diuji semakin tercabut kewarasan (akal), semakin diuji semakin hilang wibawa, semakin diuji semakin hilang akhlak, semakin diuji semakin mengila-gila (inilah watak pengikut ummu jah).

Sudah-sudahlah menjadi hamba nafsu, kembalilah kepada Abuya. Janganlah ikutkan fahaman yang salah (ajaran ummu jah). Takut-takut segala amalan kita Allah sia-siakan akibat menolak mursyid (Abuya). 

Monday, August 12, 2013

Orang belajar agama putar belit agama

Orang belajar agama putar belit agama

Lihatlah apa kata-kata pengikut ajaran ummu jah dalam blognya dalam menyebarkan fahaman minda ummu jah,

Cukup-cukuplah mengampu dan membodek ummu jah, sy fahad kata kamu anjing, seronok ke dpt gelaran macam tu, sepatutnya muhasabahlah kenapa orang menilai diri kita begitu. Jangan kita jadi pengkhianat Agama sesudah menolak Abuya dan keluarganya.

Sekarang dengan tindakan ust.haron baru saya faham kenapa jad sangat benci dengan dia di labuan dulu, jad cakap haron ni jumud. Sebab itulah mursyid diwaktu tu hantar dia di kafe dan restoren supaya jiwa dan fikiran tak jumud dan senang mursyid nak tengok muka tu.

Rupanya bukan sahaja Abuya tak suka dengan sikap haron tapi orang luar (sy. Fahad) pun pandai menilai. Lainlah kalau orang dan buta hati bukan matahati ye...nampaknya fahaman hawariun masih menebal lagi dlm dirinya sesudah melalui proses mursyid di labuan.

Mungkin dia (us. haron) rasa dia bagus dan layak sebab dia berlatar belakang pendidikan Agama, tetapi dia lupa bahawa itu bukan ukuran keselamatan di akhirat. Sanggup berfatwa Rasulullah pun mengamalkan Rasuah dan menjual Agama dengan ilmunya yang sekangkang kera. 

Apa kata Abuya menurut pandangannya. Agama itu adalah nasihat (menyuruh perkara yang baik dan menegah perkara yang buruk).

Sesuai hadis Rasulullah saw : Dari Abi Ruqayyah Tamim Bin Aus al-Dary r.a : Sesungguhnya Nabi SAW bersabda : Agama itu nasihat. Kami berkata : Bagi siapa ? Baginda SAW bersabda : Bagi Allah, bagi Kitab-Nya, Bagi Rasul-Nya dan bagi pemimpin-pemimpin kaum muslimin dan orang-orang awam mereka.( HR Muslim ). 

Apa maksud iman?

Hadis Nabi SAW : Musaddad telah menceritakan kepada kami, ia berkata bahwa Isma’il ibn Ibrahim telah menceritakan kepada kami, Abu Hayyan al-Taimiy dari Abi Zur’ah telah menyampaikan kepada kami dari Abu Hurairah r.a berkata:Pada suatu hari ketika Nabi saw. sedang duduk bersama sahabat, tiba-tiba datang seorang laki-laki dan bertanya, “apakah iman itu?”. Jawab Nabi saw.: “iman adalah percaya Allah swt., para malaikat-Nya, kitab-kitabnya, dan pertemuannya dengan Allah, para Rasul-Nya dan percaya pada hari berbangkit dari kubur.

 ‘Lalu laki-laki itu bertanya lagi, “apakah Islam itu? Jawab Nabi saw., “Islam ialah menyembah kepada Allah dan tidak menyekutukan-Nya dengan suatu apapun, mendirikan shalat, menunaikan zakat yang difardhukan dan berpuasa di bulan Ramadhan.” Lalu laki-laki itu bertanya lagi: “apakah Ihsan itu?” Jawab Nabi saw., “Ihsan ialah bahwa engkau menyembah kepada Allah seakan-akan engkau melihat-Nya, kalau engkau tidak mampu melihat-Nya, ketahuilah bahwa Allah melihatmu.

Lalu laki-laki itu bertanya lagi: “apakah hari kiamat itu? “Nabi saw. menjawab: “orang yang ditanya tidak lebih mengetahui daripada yang bertanya, tetapi saya memberitahukan kepadamu beberapa syarat (tanda-tanda) akan tibanya hari kiamat, yaitu jika budak sahaya telah melahirkan majikannya, dan jika penggembala unta dan ternak lainnya telah berlomba-lomba membangun gedung-gedung megah. Termasuk lima perkara yang tidak dapat diketahui kecuali oleh Allah, selanjutnya Nabi saw. membaca ayat: “Sesungguhnya Allah hanya pada sisi-Nya sajalah yang mengetahui hari kiamat… .

Kemudian orang itu pergi. Lalu Nabi saw. bersabda kepada para sahabat: “antarkanlah orang itu. Akan tetapi para sahabat tidak melihat sedikitpun bekas orang itu. Lalu Nabi saw.bersabda: “Itu adalah Malaikat Jibril a.s. yang datang untuk mengajarkan agama kepada manusia.” (HR. Bukhari, Muslim, Abu Dawud, at-Turmudzi, Ibnu Majah dan Ahmad bin Hambal). 

Tetapi ummu jah dan pengikutnya hakikatnya memang beriman dengan rasa-rasa sahaja, bukan beriman dengan agama dan syariat Allah.

Sebab itulah soal nikah kahwin, dan cerai boleh rujuk ummu jah melalui perantara rasa-rasa (rsa) bukan merujuk syariat.

Menghukum dan membuang ahli main rasa-rasa sahaja, rujuk rsa, sedangkan dalam islam, orang yang bersalah pun diberi peluang untuk bercakap dan di adili di depan hakim, agar tidak berlaku penzaliman antara dua pihak.

Sesiapa tak taat dengan dia (ummu jah) automatik isteri boleh menceraikan suami, ini guna syariat yang mana?

Al quran dan hadis, juga minda Abuya tidak releven dan memerlukan tafsiran dari dirinya (ummu jah) melalui rasa-rasa (rsa) ciptaannya. Kalau dah menolak Al-quran dan hadis apa maksudnya.

Lojiklah dan baru sekarang kami faham kenapa Abuya cakap sebelum perginya ... bahawa ummu jah pengkhianat (sebanyak 3 kali). Rupa-rupannya ummu jah bukan sahaja menjadi pengkhianat kepada Abuya dan jemaahnya tetapi juga kepada Agama.

Akhirnya lahirlah orang-orang agama yang sombong dan tertipu ditangannya (ummu jah) seperti muridnya (ust.haron) yang menyeleweng fahaman minda Abuya dan tafsiran agama. 

Ramadan bulan imtihan

Ramadhan telah berlalu. Layakkah kita berhari raya?

Ramadhan telah berlalu tinggalkan kita. Tak kita sangka akan lalui pengalaman ramadhan yang tak macam sebelumnya. Puasa kali ini penuh makna dan erti bagi keluarga Abuya khususnya. Memang Abuya kalau nak buat apa2, dia buat pada keluarga dia dulu. Lepas tu baru pada orang lain.

Ramadhan kali ni mudah2an semua kita diberikan rasa hamba. Perasaan ni anugerah. Ia bukan sekadar kata2 basahan mulut. Menurut Abuya, orang mukmin itu akhlaknya pada perbuatannya bukan pada mulutnya sahaja.

Puasa kali ini roh Abuya datang kepada keluarganya, memberikan praktikal kepada ilmu rasa hamba. Setelah diuji keluarganya dengan macam2 ujian, kemudian dia memberi peluang kepada keluarganya untuk mendapat perasaan yg pernah Abuya rasa. Maka datanglah ramadhan dgn membawa perasaan hamba.

Hamba tu macamne perasaan dia ye? Dia rasa dia menang? Dia rasa dia hebat? Dia rasa kuat? Pandai?

Kalau dia hamba sahaya yang kerja angkat taik, cuci jamban, buatkan air, macam hamba dulu2 tu, senanglah kot nak rasa hamba.

Hamba tu rasa komfiden dia selamat ke? Cuba tanya diri kita. Kita ni orang dah bagi gelaran macam2, panggil ustazlah, belajar luar negara lagi, pandai menulis pulak tu, boleh berceramah, mudah ke nak dapat rasa hamba? Kan Abuya pernah cakap, yg ada ciri-ciri inilah paling susah nak dapat rasa hamba. Dia rasa dia jelah yg baik.

Pernah terjadi di tanah haram, kita boleh jadikan pengajaran. Ada seorang ni, cakap gebang je. Cakap nak gempak. Maklumlah, jadi rujukan sebab ilmu penuh didada katanya. Bila bercakap je nak gebang. Nak gempak nak besar. Pesan orang tua, di tanah haram tak boleh kencang2. Tak boleh gebang2. Tuhan nak tunjukkan, orang ni dengan penuh rasa komfiden dan jayanya dia bercerita kepada jemaah umrah yg datang, yg dia akan diberi itu dan ini, diberi kuasa dan jawatan. Maklumlah, berkawan dengan dato-dato. Al-hasilnya, balik malaysia pun tiketnya orang lain yg bayarkan. Itupun masih berhutang lagi. Nasib baik yg uruskan tiket dia ni tak claim duit tiket dan pakej beberapa hari beberapa malam dia tersangkut di jeddah tu. Tapi dah sampai malaysia pun, cakap nak besar lagi.

Sebab tulah kata Abuya pada anak cucu dia, rasa hamba ni anugerah jugak. Dah usaha sungguh-sungguh, lepas tu kena uji dulu, hasil tu baru tau hamba Allah ke hamba setan seseorang tu. Hamba bila diuji, mana sempat nak mengata mengutuk orang.

Ini kalau dah kena uji nak mati pun, rasa hebat jugak. Itu hamba siapa agaknya. Boleh hina-hina keluarga guru dia lagi tu, murid apa ni? Belajar dgn guru manalah jadi macam ni. Tak pernah Abuya ajar hina-hina orang. Pelik jugak anak murid sekarang ni. Ambik gurunya tapi keluarga guru disepak terajang. Harta guru tu bukan ilmu dia sahaja, keluarga dia tu hasil ilmu dia. Mungkin ada salah niat kot pada murid yg macam ni. Datang jumpa guru bukan nak ilmu guru, nak kawin dgn anak dara tok guru tu kot. Manalah tau. Kulit sama jawa hati lain2.

Sunday, August 4, 2013

luahan hati seorang cucu Abuya

Kiriman dari seorang cucu Abuya

Jaddah sedang berpolitik?

Salam Akhir Ramadan buat semua. Semua sibuk masa-masa ni. Nak beli baju baru, songkok tinggi baru, jubah baru, abaya baru, tak ketinggalan ada juga isteri baru, anak baru, rumah baru, tanah baru, kereta baru. Senang kata semualah baru!

Kami sekeluarga sering terfikir dan selalu jugaklah berfikir. Kami tak pernah tinggalkan jemaah Abuya kami. Niat tak pernah ada nak tinggalkan jemaah yg Jad bina ni. Niat nak buang mazmumah tu yg sentiasa ada.Tapi ahli GEBU kata kami yg Jad lahirkan ni dah tinggalkan Abuya, Jad kami. Betul ke mcm tu?Yang kami tahulah, dan dunia pun tahu, Jaddah yg buang kami! Jaddah yg sebut dalam pr tentang kami. Jaddah tak pernah dengar dari mulut kami nak tinggalkan jemaah. Tapi jaddah yg kata mcm2 tentang kami.

Dunia jd saksi. Jaddah dah kata kami mcm2. Satu jemaah GEBU dengar. Kami tak rasa jemaah jaddah tu jemaah ABUYA. Jaddah tak ikut pesanan Abuya. Jaddah pulak kata kami yg tak ikut pesanan Jad. Jad kata jangan tinggalkan jaddah tapi Jaddah yang buang kami?

Siapa tinggalkan siapa ni? Jaddah kata dalam pr lain tapi jaddah mesej kami lain. Dalam pr jaddah sebut lain, masa kuliah kat merbok, kat kuantan, kat mana-manalah, semua bunyik lain. Tak pernah sama. Kami kadang2 terlintas jaddah mcm dah nyanyuk jugak.

Kata berubah2.Jad pun tak pernah jual2 nama Nabi mcm Jaddah buat. Jad kata hadis2 Nabi je. Tapi jaddah dan org2 jaddah kata Hadis dan Quran tak relevan. Kami tak reka tau jaddah. Kami ada rekod kata2 syeikh fadhil yassin tu. kuliah ibu ju tentang Nabi main duit pun kami ada. Sampai hati jaddah didik ahli jadi mcm tu. lepas tu jaddah kata ni kata Abuya lah, kata Nabi lah.

Jaddah jgn main2. Org politik je jual nama2 Nabi ni. Jaddah dah mcm org politik. Jaddah sdg berpolitik ni sebenarnya. Jaddah buang org yg jaddah tak suka. Anak cucu yg tahu masalah jaddah, kena campak. Yg memang ada masalah dlm jemaah jaddah lantik mereka sbb pandai ambik hati jaddah. Pandai main kata2 mcm jaddah. Tersiksa ank buah dan tertipu ank buah.

Jaddah dah plan lama nak buang keluarga. Jaddah puji syeikh Nasir. Kami tak jeles pun bahkan ok je. Masalahnya jaddah lagakan dia dengan keluarga pulak. Mcm jaddah kata gabungan dia dengan tok hasyim menggerunkan musuh, jaddah plan sampai tok hasyim dibuang jemaah.

Tapi Abuya bela. Boleh buka bandar. Syeikh nasir? Takkan nak duduk lama di turki? Dia bukan kelahiran sana. Jaddah kata gabungan jaddah dgn pak ngah menguatkan jemaah. Tapi jaddah yg ungkai perkara tu. jaddah yg buang pak ngah. Kami tengok je apa yg jaddah buat kat pak ngah tu. lagi dahsyat dari tok hasyim dan cik cul kena.

Jaddah gila2 nak kenakan pak ngah. Macam mana tok hasyim kena, jaddah ulang buat pada pak ngah.

Sanggup jaddah pergi kajang main shaker sebab nak buang pengaruh pak ngah. Rupanya datangnya jaddah tak berkat. Rumah amal sana tuan rumah dah ambik balik. Tanah tempat anak2 jemaah sana pun tuan tanah nak ambik. Lepas tu jaddah suruh ibu ju call tuan tanah kata keluarga ni musuh jaddah.

Jaddah memang makin pelik.Jaddah dlm pr, dgn ibu2 kata syg pak ngah. Tapi dgn anak2 jaddah mak cik kami tu jaddah gelakkan je. Jaddah tak tau, ada makcik anak kandung jaddah tu baik dgn kami.

Selalu mesej kami cerita ttg jaddah yg selalu rancang nak kenakan pak ngah, cik cul dan tok hasyim. Berpakat pulak dengan cik azwa. Kerja jahat ni.Mula-mula kami sangka baik ni niat jahat cik azwa. Sebab mmg cik azwa patern tak senang dan tak pernah senang dgn zuriat Abuya jad kami. Perangai cik azwa memang pelik. Bukan nak kata jahat tapi memang jahat. Busuk hati.

Cik azwa selalu cucuk menantu yg lain. Baling batu sembunyi tangan. Cik azwa yang cucuk cik nik dan cik yam untuk pisah dengan cik col. Bukan kami tak tahu. Cik cul pun sangka baik je dgn jaddah dan cik azwa. Sangka baik tinggal sangkar je.

Jaddah berdendam dgn kami pasal kena keronyok masa kuarantin. Bukan kami yg nak. Jad yg suruh. Masa tu satu keluarga tahu Jad nak ceraikan jaddah. Tapi kami tak sangka jaddah ada simpan dendam pasal kuarantin.

Rupanya pernah terlepas dari mulut jaddah kuarantin tu kenangan gelap jaddah.Jaddah tau tak?

Jad kata orang politik akan jatuh serentak mcm pisang jatuh setandan. Kalau jaddah terus mcm ni nanti nasib jaddah sama mcm anuar ibrahim. Nampak hebat, kata lebat tapi kecundang. Lebih berat lagi jaddah jual nama Allah, Rasul, sayyidi dan Abuya.

Saturday, August 3, 2013

Cik azwa jangan zalimi lagi.... 

Cik azwa jangan zalimi lagi.... 

Ramadan semakin meninggalkan kita, apakah ibadah kita diterima Allah kerana terlalu banyak cacat celanya dlm beramal, lagi-lagilah nak mendapat puasa Abuya. Puasa Abuya janganlah hanya berselogan dimulut sahaja, begitu juga berjuang jangan main rasa-rasa atau gelojoh (rempuh).

Bertaubat dan kembalilah cik azwa kepada Abuya, insaflah bahawa memang terbukti cik azwa banyak menzalimi orang, samada di tempat suci (haramain) atau di seluruh dunia. Cukup-cukuplah menfitnah orang (keluarga Abuya). Dah terlalu banyak cik azwa ambil kesempatan atas kepentingan jemaah.

Sy.Fahad istilahkan kamu semua ni (gebu) tabur duit mcm duit tu tak berkat, adakah duit yang kamu bagi (azwa) duit haram?

Bahagia ke cik azwa dalam makan duit tak berkat, cik azwa pun memang orang kenal tak pandai berniaga, tapi yang pelik duit banyak, pakai baju mahal-mahal. Arwah tok wais memang tersangat benci dgn cik azwa, sampai pernah nak pukul cik azwa (sebab suka pecah belah orang) di sg.pencala, waktu tu berlari-lari cik azwa keliling meja. Rupanya cik azwa tak insaf lagi.

Kalau bandingkan kehidupan cik azwa dan madu-madu macam langit dan bumi. Janganlah zalimi orang lagi, susah nak minta maaf bila ajal menjemput nanti.

Tipu menipu dah jadi pakaian cik azwa, kat sy. Fahad tipu kata passport Jadah dan sfra terbawa balik ke malaysia, lepas tu tipu lagi kata dr saad penipu. Cik azwa nak tipu Allah ke? Ingat , segala kejahatan dan aib kita Allah akan bongkarkan.

Sudah-sudahlah call sy.fahad pujuk rayu bagai, nak sponserlah dan berbagai janji manis lagi, ini waktu cik azwa di thailand baru-baru ni pun call lagi.

Apa motif sebenar cik azwa?, apa perancangan lagi nak hancurkan Abuya dan jemaahnya, hakikatnya jemaah Abuya dah hancur yang ada hanyalah GEBU. Semoga cik azwa diberi hidayah dan taufiq selagi ruang dan peluang masih ada. Ingatlah kalau tak taubat, Allah buka aib kita (ambil perhatian).