Tuesday, August 20, 2013

Cara Abuya menerima ujian vs GEBU dan pengikutnya (haruun dan johari).

Cara Abuya menerima ujian vs GEBU dan pengikutnya (haruun dan johari). 

Terima kasih Tuhan di atas pembelaan Islam dan Abuya, hari ini masyarakat sudah pandai menilai antara yang hak (mindaAbuya) dan batil (ajaran ummu jah).

Lihatlah apa tindakan2 pengikut ummu jah seperti (ust) harun dan johari apabila sudah hilang iman dan panduan Abuya. Mereka sangat kelihatan tercabut imannya ketika mana diuji Tuhan. Mereka menjadi sangat ganas, melulu dan ketakutan yang amat. Mereka (gebu) menyerang sesiapa sahaja seperti orang tidak berakal (gila).

Mereka sahaja boleh menuduh (seperti jakim dan media), mereka boleh mencabar (seperti gangster), dan mereka blh menghukum (seperti hakim). Seperti mereka ini all in one peranannya. Itulah ajaran ummu jah.

Kononnya bangga dilihat seperti sdg membela islam (hakikatnya memburukan dan meruntuhkan islam) dan sangat memalukan (ust) harun kelihatannya bangga digelar anjing ummu jah. Sangat runtuh moral dan akhlak kedua dua yang berlatar belakang agama kerana hujungnya mereka bertindak ikut nafsu dan hilang pertimbangan.

Abuya dalam menerima ujian sangat sabar, tenang bahkan mendoakan kepada orang yg bersalah padanya. Abuya tidak terburu-buru menghukum seseorang atau lebih-lebih lagi menyerang peribadi. Tidak seperti fahaman umu jah yg sgt suka menceritakan aib orang dan sangat mudah menfitnah seperti tindakan (ust) harun dan johari.

Pengharaman Al Arqam Abuya berterima kasih pada Tuhan kerana dgn ujian itu dpt ditapis lagi antara pejuang dan org berkepentingan dlm jemaah.

Abuya tidak gopoh dgn menyalahkan kerajaan, media dan sebagainya tetapi akhirnya mereka (pihak keselamatan) pula menjadi kawan.

Tetapi kini, ummu jah dan gebu sangat mencari musuh baik di dalam mahupun diluar jemaah, musuh semakin banyak bukan sebab dengki pada gebu tetapi sebab gebu semakin zalim dan menzalimi orang.

Abuya sangat bersabar bahkan memberi ruang kepada sesiapa sahaja membuktikan kebenaran. Ajaran gebu sangat bertentangan kerana terus menghukum org lain tanpa diambil kira disudut syariat atau moral.

Abuya semakin diuji, semakin berakhlak, semakin dihina semakin mendoakan, tetapi (ust) harun dan johari berbeza, semakin diuji semakin tercabut kewarasan (akal), semakin diuji semakin hilang wibawa, semakin diuji semakin hilang akhlak, semakin diuji semakin mengila-gila (inilah watak pengikut ummu jah).

Sudah-sudahlah menjadi hamba nafsu, kembalilah kepada Abuya. Janganlah ikutkan fahaman yang salah (ajaran ummu jah). Takut-takut segala amalan kita Allah sia-siakan akibat menolak mursyid (Abuya). 

No comments: