Sunday, September 21, 2014

DRIHA sudah lupa Asal Usulnya.......



 JANGAN LUPA ASAL USUL WAHAI PEJUANG

Bagaikan anak desa yang turun ke kota mencari kehidupan, bertemu dunia yang mewah dan penuh ria, maka terlupalah ia asal-usulnya dan pesanan orang tuanya. Hinggalah tika ia lemas dalam segala dosa dan noda, ketika diburu oleh kesusahan yang bertimpa-timpa barulah ia teringat pada desa dan orang tuanya. Moga-moga di sanalah ada bahagia yang sebenarnya.

Begitulah terjadi kini. Manusia lupa asal-usulnya dan lupa pada Tuhan yang menghantarnya ke dunia. Maka bergelumanglah ia dengan kesibukan dunia yang menipu dan mengejar bahagia bagaikan mengejar bayang-bayang. Hidup terasa bagaikan bermain dengan fatamorgana. Dan ada yang sudah mati tanpa membawa apa-apa.

Maka belumkah tiba masanya untuk hati itu diserahkan pada empunyanya. Yakni Allah SWT? Belumkah akal fikiran itu mahu memikirkan apa kata Allah dan Rasul? Belumkah mahu diri itu dijadikan korban pada Zat yang menciptakannya. Sedangkan dunia sedang beralih wajahnya pada ISLAM. Dan tidak lama lagi dunia akan menyerah diri pada ISLAM. Waktu itu siapa tidak islam atau memandang rendah pada  ISLAM, atau berdolak dalih dengan ISLAM atau mempersenda-sendakan ISLAM, maka tempatnya tidak ada lagi di bumi ini. Kalau adapun hanya sebagai orang tumpangan yang tidak punya apa-apa, sekalipun ia menganut agama ISLAM.

Jangan nafikan kemungkinan ini, Allah berkuasa menjatuhkan Firaun dengan Nabi Musa, Dan Allah maha berkuasa mengangkat THOLUT, seorang petani sebagai ketua bani Israil, Dan tidak ada apa yang mustahil bagi Allah. Kalau begitu kan lebih baik menyerah diri pada Allah. Ikut Al Quran dan Sunnah. 

Jadi pejuang Fisabilillah untuk menegakkan kehidupan Sunnah? Tapi perjuangan ini bukan boleh reka-reka dengan akal dan agak-agak dengan jangkaan. 

Berjuanglah sebgaimana salafussoleh berjuang, senjatanya ialah IMAN dan TAQWA. Yakni sanggup bangun malam untuk serah diri pada Tuhan. Untuk siangnya jadi Singa Allah yang gigih menegakkan Islam.

Maka akan tibalah pertolongan Allah. Pertolongan yang akan membuatkan umat islam jadi tuan didunia dan tuan juga di Akhirat.

Saturday, September 20, 2014

Telah Lama Abuya Perkatakan....

TELAH LAMA AKU KATAKAN


Kawan-kawan seperjuangan!
Anak-anak yang dikasihi!
Isteri-isteriku yang dicintai!
Adik-adikku yang diingati!

Telah lama aku katakan
Sebagai peringatan buat kalian
Apakah kamu masih ingat lagi
Ucapan-ucapan yang selalu kulafazkan
secara tidak rasmi
Di dalam kereta di masa perjalanan
Waktu ramai-ramai sambil makan
Ketika berjemaah di waktu rehat
Jemaah kita perjuangan akhir zaman
Terjadi sendiri, anugerah Ilahi
Tanpa persidangan, tanpa muktamar
Tanpa KDN yang diberi
Akan ada yang pergi, banyak yang datang
Orang lama akan jadi orang baru
Orang baru akan jadi lama

Ujian sentiasa silih berganti
Yang bermacam-macam bentuk dan corak
Ada yang datang dari rumahtangga
Ada yang dicipta oleh manusia yang dengki
Namun kereta perjuangan tetap mara
Siapa yang lari akan kehilangan segalanya
Namanya hilang ditelan zaman
Walau sebelum ini orangnya ternama
Musuh-musuh geram tetapi tidak boleh buat apa-apa
Hatinya sakit, jiwa terseksa
Ada yang ditimpa penyakit jiwa
Otak tidak boleh berfikir lagi
Perjuangan kita dibantu Allah walaupun banyak
halanganya
Kereta kita tetap berjalan terus
Menuju ke tempat yang dicita-cita
Duduklah baik-baik di dalam kereta
Walaupun sekali-sekala diombang-ambingnya kita.

Abuya Syeikh Imam Ashaari Bin Muhammad
Julai 1988


Wednesday, February 19, 2014

Remaja rosak akhlak, mulut sudah mati dengan Zikrullah, Maksiat dalam kurantin

Pesanan buat En nawi Dahlan & En.Johari Murad

Cukup-cukuplah merasakan diri sedang berjuang, hakikatnya sudah jauh dari Tuhan, menyerang dan menfitnah sesuka hati tanpa mengikut ilmu atas landasan Agama. Walaupun masing-masing pernah belajar Agama tapi akhirnya kecundang kerana mengikut hawa nafsu.

Ilmu agama tidak jadi pendinding lagi, apalah en Murad nak banggakan jika habis belajar agama tapi akhirnya menjadi ulama suk seperti yang diceritakan Nabi. Orang bukan sahaja tidak dpt manfaat bahkan memesongkan pula fahaman ajaran islam yang murni.

Islam tidak mengajar bermusuh sesama orang islam, bahkan berkasih sayanglah, dengan musuh orang kafir pun diajarkan didoakan. Orang islam yang jahat sekalipun meninggal tetaplah syariat mengajarkan tetaplah mengatakan yang baik-baik sahaja.

Wahai en.Nawi, apalagi engkau hendak perjuangkan.....

Ingin perjuangkan orang mendapat Tuhan, tapi anak buah sendiri masih bergelumang dengan dosa dan maksiat, akhlaknya hilang bila bermursyidkan seorang perempuan.

Makin dikurantikan makin tercabut iman, remaja hilang akhlak, percakapan sudah tiada sempadan, begitulah bila manusia sudah jauh dari Tuhan. Syaitan dan dunia sudah menipu dgn amalan-amalan.

Apabila Jemaah gebu membuang Abuya, membakar segala buku-buku dan sajak-sajak, maka sudah terputus hubungan dengan mursyid, maka sudah hilang segala keberkatan.

Akhirnya jemaah gebu sedang mengulangi sejarah kedua ummat islam di Sepanyol. memang unik kebangkitan kali kedua kerana ia mengulangi semua sejarah-sejarah terdahulu, mudah-mudahan kita mengambil iktibar.

kembalilah kepada Mursyid, janganlan sombong dan kalah lagi dengan nafsu.

Lihatlah contoh-contoh kebanggaan en Nawi dan En murad, apakah ini hasil keluaran didikan gebu yang boleh di kedepankan.

Nampaknya Nawi KALAH perang dengan nafsu, kalah mendidik remaja-remaja yang sedang tertipu dalam berjuang.....









Wallahu A'lam....

Sambungan = Wan Acheh tidak jujur dengan diri sendiri

Di mana Wan Acheh setelah membuang Abuya

Umum mengetahui bahawa wan acheh fizikalnya dilihat lembut tapi hatinya sangat keras, kerasnya sehingga mengutamakan diri dari perjuangan dan membaiki diri.

Kemahuannya keras apabila kepentingan duniawinya terganggu, akhirnya fizikal yang dilihat lembut tadi sudah berubah watak.

Di mana dia Wan Acheh yang warak dulu bertukar rakus, bersifat aggresif dan sudah tidak peduli dengan nasib anak buah dibawah jagaannya.  Menfitnah dan berbohong sudah menjadi pakaian diri.

Adakah sekarang dia berubah ?, tidak! sebenarnya itulah sifatnya sekian lama, dulu boleh lagi berpura-pura dan berlakon, sekarang Allah sudah singkap siapa dirinya.

Menggelapkan duit syarikat dan pertubuhan, pecah amanah, berlakon didepan anak buah bahawa akaun rumah amal tiada duit, sebenarnya dia simpan duit di dalam akaun peribadinya.

Kita tidak selalunya berada diatas, ada juga orang mengatakan hidup umpana roda, ada juga pepatah melayu "Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua".

Allah sedang mengambil nikmat-nikmat dunia yang dipinjam kepadanya, Tanah Sekamat sudah tiada, penyumbang misteri sudah tiada lagi. bahkan Puan Nita dan Penyumbang misteri sudah pun mengorak langkah untuk menyaman WAN ACHEH diatas penipuan wang anak-anak yatim. wan Acheh terlupa bahawa setiap penyumbang yang masukkan dlm akaunnya disimpan resit-resitnya, semuanya tertulis namanya.

Wan Acheh mana mahu lari, Kes Rogol belum selesai lagi, Kes Rumah amal buah hatiku belum selesai, bertambah lagi kes-kes baru yang sedang diatur Tuhan untuk menyedarkannya. Janganlah berbohong lagi dengan diri sendiri, tanyalah hati akuilah kesilapan diri, Bertaubatlah sebelum terlambat.

Tapi bersediakah Wan Acheh dan isteri-isterinya untuk menerima Tsunami dari Tuhan. Dulu Acheh dilanggar Tsunami ramai yang mati syahid, ramai juga yang jauh dari Tuhan

Kembalilah dan sedarlah sebelum terlambat, Allah sudi menerima taubat hamba-hambanya yang ikhlas.

Saturday, January 18, 2014

Wan Acheh Penipu? Vs Kebenaran (suatu pembongkaran)



Wan Acheh (Ridwan ali sabi) di landa Tsunami Kebenaran
Part 1

Siapa sangka orangnya kelihatan biasa dan nampak zuhud sebenarnya adalah manusia yang rakus dan tamak. Sangat Cinta dunia dan menggunakan Agama untuk kepentingan nafsunya.

Seorang manusia biasa warganegara Indonesia yang menetap di Malaysia sangat tidak jelas apa pekerjaannya, tetapi yang jelas ialah menipu dan menggelapkan duit rumah amal Jemaah Gebu dan menipu orang ramai (para sumbangan). 

Rupa-rupanya kehinaan dan bala yang Allah timpakan pada dirinya adalah merupakan isyarat yang sangat jelas bahawa dia mempunyai masalah hati atau jiwa dengan Mursyidnya (Abuya). Itu adalah petanda bahawa dirinya tidak lurus dengan mursyidnya.

Begitulah berterusan kehinaan berlaku keatas dirinya tidaklah menyedarkannya, dan kemuncaknya apabila dengan terang-terangan mengistiharkan bahawa gurunya (Abuya) adalah orang sesat dan mengamalkan ajaran sesat. Dengan bangganya membakar buku-buku Abuya dan gambar-gambar demi menjaga kepentingan didalam jemaah GEBU.

Rupanya begitulah Allah menapis golongan (munafik – musang berbulu ayam) di dalam perjuangan, menapis yang ramai menjadi sedikit. Kerana yang sedikit itulah paling kualiti dan paling dibantu Tuhan, bahkan disebut-sebut di dalam Al-Quran bahawa memang Sunatullah perjuangan kebenaran bilangan yang sedikit mengalahkan bilangan yang ramai yg sombong lagi bongkak.

Mari kenali wan Acheh lebih dekat…….Moga2 dia kenal dan sedar diri…..

Seorang yang terbuang dari Terengganu kerana mempunyai masalah displin sewaktu bertugas di spectral kerana ada kepalanya sendiri sehingga menyusahkan kepimpinan jemaah di terangganu, maka dihantar ke Rompin, Pahang.

Mengapa ROMPIN?

Kerana kebentulan diwaktu itu Abuya telah menetapkan bahawa sesiapa yang tidak boleh mendisplinkan diri, tidak amanah, atau pecah amanah akan dikursuskan dirompin di bawah pemantauan anak lelaki Sulungnya Sy. Fakhrur supaya boleh diberi peluang semula untuk berjuang dan bermasyarakat setelah melalui proses membaiki diri dan membuang kepentingan diri (dunia) supaya boleh ikhlas berjuang ke tengah masyarakat.

Begitu juga para pengikut hawariyun dan kepimpinannya sekarang (gebu jelmaan hawariun) seperti harun taat, inam, azwa , Pak M (indon) pernah dikursuskan semula, kerana diwaktu itu Mursyidnya (Abuya) menilai mereka dah terpesong keyakinan (Ahli sunnah wal Jemaah)  dan banyak kepentingan diri serta tidak amanah (pecah amanah) di dalam tugasan (perjuangan).

Bersambung….
  

Sunday, January 5, 2014

Pemimpin Gebu Ajar Seks, Remajanya tak berilmu fikiran sempit.

Pemimpin Gebu Ajar Seks, Remajanya tak berilmu fikiran sempit

Pelik dan hairan melihat sikap puak GEBU, setelah membuang mursyid dan kembali ke pangkal jalan, dan dengan lantangnya memperjuangkan bahawa ABUYA pula yang sesat. Sebelum ini kononya hebat berjuang mempertahankan Abuya dengan  membuang keluarga Abuya dan sesetengah Ahli kononya sebab mereka menolak abuya ternyata selama-lama ini Umu Jah hanyalah berlakon-lakon sahaja  kerana takut kepentingan dirinya terjejas (ingin menjadi pemimpin utama).

Sekarang sudah jelas bahawa GISB Holding Sdn Bhd kini diterajui oleh seorang PEREMPUAN dan bod-bod dibawahnya menurut sahaja apa sahaja kemahuan seorang wanita yang tamak kuasa dan gila glamer.

Abuya dari dulu tidak minat dengan politik sbb itu Abuya tinggalkan politik, hari ini Umu Jah sukakan POLITIK. didalam jemaah didepan anak buah berpolitik di depan JAIS berpolitik.

Akhirnya Syarikat yang kononya gagah tapi dibelakangnya peminta sedekah dengan menyalahgunakan duit anak yatim menjadi lesu, sumbangan berkurangan setelah terbongkarnya pengakuan dari Umu jah sendiri. maka Bod-bodnya pula pening kepala seperti nawi dan harun yang selama ini bertopengkan blog-blog yang cukup menipu dan mengelirukan masyarakat.

Syarikat yang sudah lesu dan kering dari sumber-sumber duit rumah amal dan dari sumbangan para simpati dan ahli. Maka Peluru yang selama ini telah dibuang (modalkan Abuya) dipakai semula. Ini jelas dapat dilihat apabila membuat ROADSHOW ke negeri-negeri seperti di SABAH baru-baru ini dengan mengorek-gorek harta anak buah dan para simpati. Manakala Tuan-tuannya pula membuat kursus SEKS kepada isteri-isteri pengikut dengan diajarkan SEKS yang betul menurut Umu jah. Ini bertujuan hendak mengikat para isteri-isteri anak buahnya.


Umu Jah ingin berjumpa Tok Hashim

Di dalam islam memang sangat di anjurkan meminta maaf dan memberi maaf, apatah lagi sesama keluarga. Umu Jah memang banyak menzalimi anak buah dan terutamanya kepada keluarga suaminya (ABUYA). Maka telah ditakdirkan melalui Us Suhaimi berhubung dengan wakil keluarga menyatakan pendirian Umu Jah ingin berjumpa dan meminta maaf atas apa yang berlaku setelah dia merosak dan merobek perjuangan ABUYA. tetapi yang melucukan pertemuan itu bersyarat kerana hendak dilakukan dihadapan JAIS. ini betul-betul POLITIK nak menipu siapa? JAIS ke atau nak mempermainkan Keluarga Abuya lagi.

Kalau betul-betuk ikhlas, datang sahajalah ke sini (sendayan), bersemuka. Takkan tak boleh buang lagi perasaan gila glamer. Anak-anak tiri Umu Jah semuanya hendak berhubung dengan umu jah kerana berfikir mak tirinya dah BERTAUBAT, tapi kenapa remove PIN BB kami...TAKUT KE?, memanglah orang yang buat jahat memang takut dengan bayangannya sendiri.