Saturday, September 20, 2014

Telah Lama Abuya Perkatakan....

TELAH LAMA AKU KATAKAN


Kawan-kawan seperjuangan!
Anak-anak yang dikasihi!
Isteri-isteriku yang dicintai!
Adik-adikku yang diingati!

Telah lama aku katakan
Sebagai peringatan buat kalian
Apakah kamu masih ingat lagi
Ucapan-ucapan yang selalu kulafazkan
secara tidak rasmi
Di dalam kereta di masa perjalanan
Waktu ramai-ramai sambil makan
Ketika berjemaah di waktu rehat
Jemaah kita perjuangan akhir zaman
Terjadi sendiri, anugerah Ilahi
Tanpa persidangan, tanpa muktamar
Tanpa KDN yang diberi
Akan ada yang pergi, banyak yang datang
Orang lama akan jadi orang baru
Orang baru akan jadi lama

Ujian sentiasa silih berganti
Yang bermacam-macam bentuk dan corak
Ada yang datang dari rumahtangga
Ada yang dicipta oleh manusia yang dengki
Namun kereta perjuangan tetap mara
Siapa yang lari akan kehilangan segalanya
Namanya hilang ditelan zaman
Walau sebelum ini orangnya ternama
Musuh-musuh geram tetapi tidak boleh buat apa-apa
Hatinya sakit, jiwa terseksa
Ada yang ditimpa penyakit jiwa
Otak tidak boleh berfikir lagi
Perjuangan kita dibantu Allah walaupun banyak
halanganya
Kereta kita tetap berjalan terus
Menuju ke tempat yang dicita-cita
Duduklah baik-baik di dalam kereta
Walaupun sekali-sekala diombang-ambingnya kita.

Abuya Syeikh Imam Ashaari Bin Muhammad
Julai 1988


No comments: