Abuya sumber perpaduan (GISB) vs Ummu Jah sumber perpecahan (GEBU)
Firman Allah swt yang bermaksud " dan janganlah kamu campurkan yang benar itu dengan yang batil dan kamu sembunyikan yang benar itu padahal kamu mengetahuinya"...
( Al-Baqarah:42)
Banyak jasa-jasa Abuya dalam kebangkitan islam yang tidak dapat dinafikan khususnya di negara Malaysia tercinta. Terus meneruslah Abuya menabur bakti sekali pun mendapat tentangan daripada pihak-pihak yang iri hati dgn islam dan kejayaan yang dibawa oleh Abuya.
Di atas cita-cita islam itu maka Abuya adalah menjadi pencetus didlm masyarakat seperti
1. Pencetus pengamalan islam (Pakaian islam/menutup aurad)
2. Makanan Halal seperti (cili sos, kicap, mihun, air berkabonat, taucu, mee, tahu dll)
3. Ekonomi islam (Majalah islam, komik, buku, expo, surat kabar,)
4. Kebudayaan islam (konsert islam, nasyid, teater, )
5. Keluarga Besar (keluarga model, poligami, kaunseling)
6. Pendidikan dan tarbiah islam (melahirkan modal insan yg berdikari)
Itu adalah di antara jasa-jasa yang disebut hanya 2/5 dari apa yang abuya bawa dan dicetuskan dlm masyrakat, Sehingga ke hari ini semua rakyat Malaysia mengambil panduan dari Minda Abuya melalui makalah (buku-buku, sajak dan tulisannya).
Di terbitkan dan diolah dalam masyarakat samada di media cetak, media internet mahupun skrip filem dan drama, umpama Minda Abuya di ambil tetapi empunya diri tidak diceritakan.
Seperti susu lembu ,sapi yang mendapat namanya. Tapi Abuya pernah menceritakan kepada saya, dia tidak berkecil hati yang penting semua orang mendapat panduan dlm membesarkan Tuhan dlm kehidupan, bahkan cinta dan takut kepada Tuhan.
Selepas ketiadaan Abuya, sekali lagi ada satu golongan yang ingin mencemarkan imej Abuya dan merosakan keluarga Abuya dari dlm, itulah ummu jah dan jemaahnya (GEBU), dgn membawa fahaman-fahaman baru yang kononnya itulah minda Abuya dan akhirnya melonjakkan dirinya setaraf bahkan lebih mulia dari Abuya, walaupun percakapannya tidak berkata begitu tetapi tindak tanduknya sangat mencerminkan dirinya.
Apakah fahaman- fahaman baru yang dibawanya? Yang sangat-sangat bertentangan dgn minda Abuya lebih-lebih lagi dari pandangan syariat.
Fahaman Ummu jah yang bertentangan dgn Minda Abuya
1. Melanggar Undang-undang serta mengamalkan Rasuah sedangkan Abuya menjaga syariat bahkan benda sekecil perkara seperti melangar lampu isyarat, memandu kereta tiada lesen pun Abuya sangat marah, saya sendiri pernah Abuya tahan kereta yang dipandu saya dan meminta USU bertanyakan samaada saya ada lesen atau tidak, begitulah Abuya sgt menjaga undang-undang negara.
2. Keluarga berpecah belah, suami isteri dipisahkan atau dilarikan, blh pula si isteri mencerikan suami jika tidak mengikut jemaah nya (GEBU), cuba cari dan baca sejarah perjuangan Abuya pernahkan diajarkan melarikan orang sesuka hati, ini GEBU sampai bawa lari anak menantu sy.Nasrul menggunakan satu bas. Inilah ajaran ummu jah
3. Budaya ugut mengugut. Barangsiapa yang tidak ikut selera atau arahannya akan dibuang jemaah, ugut keluarga Sy.Nasrul dan Sy. Fakhrur klu tidak bawak lari anak menantu statusnya diragui dan blh dibuang jemaah, diugut ahli dgn kurantin yg tak pernah habis, siapa tak ikut maka dibuang jemaah.
4.Budaya fitnah menjadi basahan dan pakaian ummu jah dan pengikutnya, menfitnah keluarga Abuya, dgn pelbagai tohmah seperti menuduh Sy.fakhrur mencuri duit jemaah, keluarga Abuya seperti Tok Hasyim sebagai agen yahudi bahkan lebih parah melabelkan keluarga Abuya sebagai musuh Tuhan.
5. Menggunakan Duit anak yatim dgn sewenangnya sedangkan memang Abuya cetuskan rumah amal untuk membela nasib anak-anak pejuang dan anak yatim tetapi sebagai pemegang amanah dan didlm syariat jelas menyebutkan bagaimana pembahagiannya, tetapi umu jah dan cik azwa sesuka hati menggunakan kononya atas nama islam. Islam jelas ada panduan dan syariatnya sebagai ikutan.
6. Alquran , hadis dan sajak Abuya di anggap expired dan ketinggalan sehinggakan perlunya satu fahaman dan keterangan baru yang dicetuskan oleh ummu jah sendiri utk mentafsirkan. Abuya begitu sangat berhati2 dlm menjatuhkan fatwa tetapi tidak ummu jah.
7. Membesarkan duit dari usaha-usaha taqwa, menganggap duit adalah segalanya bahkan kebajikan anak buah dipinggirkan, hilang ukhwah dan kasih sayang sesama ahli, saling curiga mencurigai antara satu sama lain. Adakah ini dikatakan usaha taqwa.
8. Tipu menipu menjadi budaya ummu jah, sanggup berbohong dan berdusta atas nama Agama, menjual nama Abuya utk mendapatkan pengaruh anak buah. Blh bersumpah tanpa rasa takutkan Tuhan.
itulah antara ajaran-ajaran yang bertentangan dgn apa yang Abuya bawa. cukup-cukuplah merosakkan maruah Abuya. Akhirnya Abuya semakin dilupakan didlm jemaah, ditutup jasa-jasa orang lama, jasa keluarga dan anak cucu Abuya supaya dilihat dirinya (ummu jah) unggul itulah dikatakan ghurur atau tertipu dgn amalan sendiri.
Hakikatnya ummu jah dan pengikut ada pemecah belah dlm jemaah, pemecah keluarga Abuya dan pemecah belah dlm masyarakat.