Monday, July 29, 2013

Makin lama, semakin rindu Abuya. 

Makin lama, semakin rindu Abuya.

Hati orang mukmin sangat rindukan Abuya, sangat ingin mencontohi segala tindak tanduk Abuya, ibadahnya samada berbentuk fardu Ain atau fardu kifayah.

Kini kenangan bersama Abuya sangat mengusik jiwa, senyuman Abuya, gurauan Abuya, marah Abuya sangat terasa kasih sayang mendapat perhatian Abuya.

Teringat Kata-kata Abuya semasa program keluarga dulu bahawa anak-anak Abuya dan keluarga sudah ada petanda menjadi Ikhwan. Mereka akan dibantu kawan-kawan yang seusia dengannya.

Kata-kata Abuya sangat tersirat dan penuh makna. Berulang-ulang kali Abuya mengatakannya di dalam program tersebut bahawa yang akan tinggal berjuang bersama Abuya hanyalah kamu-kamu sahaja (keluarga) kerana jemaah ini semakin ke hujung semakin berat ujiannya.

Inilah rahsia yang kami (keluarga) simpan. Rupa-rupannya benar sekali memang hanya keluarga yang sedang tinggal berjuang membangun insaniah dan membina model-model kehidupan Abuya.

Oleh sebab itulah Abuya kahwinkan zuriatnya dengan bod-bod atau anak bod supaya ada sebab terhubung dengan Abuya (keluarga).

Sangat cantik dan halus perancangan mursyid. Kepada yang sudah putuskan keluarga dengan Abuya sangatlah rugi. Menyesal tiada gunanya.

Apakah dengan kamu (GEBU) menghina keluarga Abuya seolah-olah Abuya takde perasaan (terasa). Sudah tentu keluarganyalah harapan yang paling besar dalam menyambung perjuangannya.

No comments: